Main image

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 - Mulakan Pelaburan Emas!

Assalamualaikum & selamat petang untuk semua,

Saya harap still tak terlambat lah untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk pembaca sekalian. hari ni masuklah hari pertama untuk tahun 2011 ni. Sebelum tu, saya nak tanya, anda semua macam mana? Sihat tak hari ni? Harap-harap sihat lah ye, takkan lah hari baik ni pun anda semua nak sakit-sakit kan? Tapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan tu, saya doakan kepada anda supaya tahun 2011 ni akan menjadi tahun bertuah bagi anda untuk sembuh daripada penyakit tu, Insyaallah..


Macam mana pula dengan pelaburan emas anda? Sihat jugak tak? haha. Bagaimana dengan anda yang masih lagi ragu-ragu fikir pasal pelaburan emas ni? Jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang sebelum anda menyesal kelak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang dialami oleh kawan saya yang telah menjadi dealer PublicGold, dia cakap, masa awal-awal dia tengok harga 1 dinar dulu, cuma RM400++, tapi bila dia baru saja sedar tentang kepentingan emas tuh, harga dah naik jadi RM500++, dia cakap yang dia cukup-cukup menyesal sebab tak beli masa tu. tapi apakan daya kan? Masa tak boleh nak diundur balik...

Eyh, sebelum tu, saya nak cakap, saya tak paksa anda melabur dalam emas tau!

mungkin bagi anda yang dah melibatkan diri dalam bidang hartanah atau pun telah menjadi pakar forex, emas ni mungkin buang masa. Yela, emas ni kan satu pelaburan jangka masa panjang, jadi mungkin keuntungan untuk pelaburan lain adalah lagi tinggi jika dibandingkan dengan emas ni. Tapi, kita kembali kepada agama kita yakni Islam, maka kita akan tahu bahawa emas ni adalah satu pelaburan yang bagus! 

Saya ambil berat tentang cara pemikiran anda sebagai pembaca blog saya mengenai emas ni, sebab tu saya sarankan anda melabur dalam emas. Anda takkan rugi jika pelaburan yang anda lakukan tu mengikut  saluran yang betul. Banyak mentor-mentor yang berjaya untuk anda turuti, even saya sendiri pun masih lagi belajar mengenai pelaburan emas ni! Contohnya encik Syukor Hashim (jutawanemas.com), Pokli (Pokli.com), dan ramai lagi la yang saya rasakan berkaliber untuk membantu anda.

Jadi, bermulalah sekarang! Jadikan tarikh 1.1.11 ni sebagai satu tarikh keramat untuk anda mengubah hidup anda dengan membuat pelaburan emas. Bagaimana untuk bermula? Saya ada nyatakan cara-cara di sini. (Klik sini)



P/S : Azam tahun baru saya - kumpulkan 10 keping dinar emas untuk tahun 2011 ni! Anda pula bagaimana?winking

0 comments:

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -