Assalamualaikum, dah lama juga saya tak update blog ni ya!
Saya sibuk sikit nak kena uruskan kemasukan semester baru saya. Alhamdulillah, result sem lepas pun dah keluar. Cukup-cukup makan jer. Minggu ni pulak penuh dengan kelas, tak sempat nak jenguk kat blog ni. Saya tengok harga kat PublicDinar sekejap tadi, RM637 untuk 1 dinar. Masih lagi rendah dan anda yang baru saja nak memulakan pelaburan emas tu, bolehlah bermula sekarang. Harga tu saya kira rendah sebab lepas raya cina ni, ramai pelabur meramalkan harga akan terus melonjak. Bahaya tu!
Ok, hari ni saya nak explain lagi tentang kelebihan emas ni. Percaya tak kalau saya cakap yang emas ni merupakan aset terunggul?
Kenapa ianya dikatakan aset terunggul? Sebab ianya merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang. Macam mana caranya? anda boleh jual balik emas anda, ataupun anda boleh pajakkan kat mana-mana cawangan Ar-Rahnu.
Biasanya, Jika anda pajakkan di Ar-Rahnu, anda akan mendapat 65% atau 70% daripada nilai marhum emas anda tu.
Dan untuk pengetahuan anda juga, sewaktu pelarian Perang Vietnam melarikan diri dulu, mereka hanya membawa emas bersama mereka untuk memulakan hidup di tempat baru. Mereka menjual segala aset mereka seperti tanah dan ternakan mereka untuk ditukarkan kepada emas. Mengapa begini? Kerana mereka tahu, emas merupakan sesuatu yang berharga.
Emas Kim- Thanh - Antara yang dibawa Pelarian Vietnam
Ketika awal-awal saya membaca tentang aset terbaik ni, saya tak faham, kenapa ianya dikatakan terbaik? Terunggul? Bila saya bandingkan dengan hartanah, hartanah mempunyai kemungkinan untuk merudum harganya. Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah di sesebuah negara, dan jika negara tersebut diserang, maka nilai jual balik rumah tersebut pasti merosot. Silap haribulan, anda takkan dapat menjual balik rumah tersebut!
Sebaliknya bagi emas, nilainya akan meningkat untuk jangka masa panjang. Dan untuk jangka masa panjang juga, kuantiti emas yang dilombong akan berkurang, jadi, harganya pasti akan meningkat sejajar dengan permintaan emas dunia.
Saya bukan cuba untuk menyinggung mana-mana pihak pelaburan lain. Saya sekadar memberikan pendapat saya berkaitan dengan post saya kali ni. Jika ada yang terasa, saya minta maaf.
Setakat tu dulu untuk kali ni yer!
Mulakan Pelaburan Anda Sekarang!
P/S : Hari Sabtu depan,22.1.2011, saya dan juga rakan dealer saya akan ke Seminar Pelaburan Emas yang akan disampaikan oleh Encik Syukor Hashim, Admin JutawanEmas.com di cawangan PublicGold kat Bandar Sunway. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar pelaburan emas ni, bolehlah lihat jadual seminar yang berdekatan dengan anda di website JutawanEmas.com.
0 comments:
Post a Comment