Main image

Wednesday, January 5, 2011

Kelebihan Emas - Kuasa Beli Emas

Assalamualaikum & Selamat pagi untuk semua,

Pagi ini saya bangun daripada tidur, selepas selesai semua kerja-kerja saya, saya buka internet dan cek harga dinar Public Gold. Owh! harga masih lagi di paras bahaya! Bahaya maksud saya di sini adalah disebabkan terlalu ramai yang nak lock harga. Sebabnya, semalam harga emas jatuh secara mendadak daripada petang semalam lagi. Cuba bayangkan daripada RM660 turun sehingga RM644 bagi harga 1 dinar! Mesti ramai yang nak lock harga pada RM644 tu. 



Masa harga jatuh semalam, saya pun sempat juga beli 2 keping dinar emas daripada Public Gold. Saya minta kawan saya, Abang Dinar, untuk lock pada harga yang paling rendah, tapi dia cakap tak dapat nak lock sebab ramai sangat yang nak lock harga tersebut, jadi terpaksa la saya lock pada harga RM647. Tapi tak apa la, itu pun sudah memadai.big grin

Sekarang, kembali kepada topik utama posting kali ini!

Kuasa beli emas! Ya, itulah yang saya nak perkatakan hari ini. Pernahkah anda terfikir, adakah barang-barang yang dibeli pada zaman dahulu masih boleh dibeli pada nilai yang sama sekarang? Mesti lah boleh! dengan menggunakan emas sebagai matawang. 

Apakah hujah untuk saya berkata begitu?

Baca kisah di bawah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dah baca kan? Harga kambing ketika zaman Rasulullah S.A.W ketika itu adalah 1 dinar dan untuk pengetahuan anda, melalui pembacaan saya dalam surat khabar, pada hari ini, harga seekor kambing juga adalah 1 dinar!


Jadi bukankah nilainya sama seperti pada zaman Rasulullah dulu? Inilah salah satu kelebihan emas yang mana ianya mengekalkan kuasa beli bagi orang ramai. Tapi jika anda menggunakan wang kertas, percayalah, kuasa belinya akan berkurang dari semasa ke semasa!happy



P/S : Saya bersyukur sangat-sangat, walaupun masih lagi belajar, saya telah sedar akan kepentingan emas ni. Setakat ni, saya telah membeli 4 keping dinar emas. Insyaallah akan ditambah dari semasa ke semasa. Bagaimana dengan anda?winking



0 comments:

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -