Main image

Thursday, January 27, 2011

Berita Emas - Perak Perkenal Dinar & Dirham

Assalamualaikum,

Saya cakap straight to the point la ye, saya sebenarnya sekarang ni agak malas sikit nak update blog ni! hehe. Bukan apa, sebab ada banyak perkara lain yang saya nak uruskan, so blog ni jadi terabai sikit. tapi tak pe, Insyaallah saya akan terus menulis di blog ni untuk menyedarkan para pembaca sekalian tentang kepentingan emas ni. 

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab hasil daripada promosi-promosi yang telah saya jalankan, telah ramai yang sedar tentang kepentingan emas ni. Malah rakan-rakan saya sendiri telah mula bertanya, "Daus, macam mana sebenarnya pelaburan mas ni?". Jadi saya cuba explain kepada mereka macam mana emas ni boleh menggantikan simpanan dalam bentuk wang anda yang mana keuntungannya berlipat kali ganda lebih banyak. Bagi rakan-rakan saya kat luar tu, duit bukanlah penghalang untuk anda melabur, cuba simpan sikit-sikit, mulakan dengan 1 dinar dulu. Kalau sebulan anda boleh menyimpan RM100, setahun anda dah boleh dapat 2 dinar dah!
ok, apa yang saya nak sharekan hari ni adalah berkenaan pengeluaran dinar dan juga dirham oleh kerajaan negeri Perak. Anda boleh baca berita tersebut di bawah.

Rabu, 26 Jan 2011 23:40 | Bernama

 Dinar emas dan dirham perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Perak pada penghujung bulan depan adalah dalam bentuk instrumen simpanan dan pelaburan dengan tujuan untuk memberi keuntungan kepada rakyat.

Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd Datuk Rais Hussin berkata dinar emas dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.

"Goldnet International dan kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang meneroka pengalaman luas Kuwait Finance House (KFH) yang  sebelum ini telah menawarkan akaun emas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA di sini hari ini.

Beliau berkata dinar emas dan dirham perak itu akan dikeluarkan oleh Goldnet International Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir  Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan KFH untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian berkenaan.

Beliau berkata dengan memperkenalkan dinar emas dan dirham ia akan mempelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kewangan rakyat.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk dinar dan dirham berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, katanya.

- Ipoh, 26 Januari 2011


1 comments:

Indo Hoption said...

Cara menghasilkan uang tambahan, gabung yuk
« DetikTrade » Forex Trading Indonesia

Trading Forex Indonesia| Trading Forex Terpercaya | Trading Online Indonesia

1. Akun Demo Gratis
2. minimum Deposit 50.000
3. Bonus Deposit 10% ( T&C Applied )
4. Customer support 24jam /7 hari
5. Trading Platform Web-Browser Based
6. Proses Deposit & withdrawal cepat
7. Pembayaran profit up to 80%
8. Bonus Referral 1%

DETIKTRADE

Trading lebih mudah & Rasakan pengalaman Trading dengan profit mudah . Bergabunglah Sekarang di DetikTrade
WA : 087752543745

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -