Main image

Thursday, December 30, 2010

Beli Emas Sementara Harga Rendah

Ketika saya menulis post ini, harga emas yang dicatatkan di laman web kitco.com adalah USD1423.70 / Oz. Bagi saya, masih belum terlambat untuk anda yang ingin memulakan pelaburan emas fizikal kerana saya rasa harga tersebut masih lagi rendah. Ya! emas fizikal ok, bukan dengan membuka akaun pelaburan emas seperti GIA. (Saya sebenarnya kurang menyokong sikit akaun pelaburan emas, hehe. jangan marah ye!)

Ok, cukuplah untuk intro saya pada post kali ni. Sekarang mari kita baca sedikit apa yang diperkatakan oleh sifu JutawanEmas, En.Syukor Hashim berkaitan dengan membeli emas ni. Saya banyak berguru dengan beliau(secara tak langsung la) melalui pembacaan di blog beliau. Entri beliau yang akan saya paparkan sebentar lagi banyak membantu saya untuk memulakan pelaburan emas ni, orang cakap momentum! Kalau la saya tak baca post-post beliau, mungkin saya takkan berani nak mulakan pelaburan ni.

(Petikan daripada blog JutawanEmas.com)
Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?
Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?
Mari kita lihat gambarajah di bawah :)
Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak  37%
Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz
Sumber : www.lbma.org.uk (klik sini)
harga_emas_naik_37_peratus
Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie :)
Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.
Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:
Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P
Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.
So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?

Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.
Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.
hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?

cover_depan
Baiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market.
Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia.
Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.
Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.
Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com
buku_emas
Gambar: Petikan belakang buku ini.
james-digeorgia
Di dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:
1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya
    akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik
    (perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.
.
Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.
Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.
Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.
2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.
3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas
4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

Ok lah, setakat tu je dulu, selamat melabur!






0 comments:

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -