Main image

Wednesday, December 22, 2010

Misi & Visi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog FirdausGoldDinar, ini merupakan post pertama untuk blog ini. Saya rasa bertuah kerana berkesempatan untuk menyediakan sebuah blog berkaitan emas demi kesedaran rakan-rakan semua tentang betapa pentingnya emas dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Islam mahupun sesiapa sahaja.


Tujuan saya menyediakan blog ini adalah untuk menambahkan kesedaran anda semua, peminat-peminat emas, tentang bagaimana emas ini boleh membantu untuk menjadikan kehidupan anda sebuah kehidupan yang bebas daripada masalah kewangan dengan menjadikan emas sebagai platform. Saya sendiri masih lagi belajar untuk memahami kepentingan emas ini, jadi saya rasa, di samping menuntut ilmu tentang emas ini, lagi elok jika saya kongsikan apa yang telah saya pelajari dengan rakan-rakan semua.

Saya menyahut seruan kempen yang telah dijalankan oleh sahabat saya, abang dinar, iaitu, Kempen 1 Pelajar, 1 Dinar. Jika rakan-rakan semua mendengar kempen ini pun sudah tentu anda semua boleh menentukan apa misi kempen ini? Saya terfikir, kenapa kempen ini dijalankan oleh beliau? sebabnya, golongan remaja atau lebih senang disebut 'pelajar universiti' merupakan golongan yang bakal memimpin negara. Jadi, kepentingan tentang emas ini haruslah dipupuk dalam diri mereka ketika remaja inilah sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan. Sebab itu disyorkan 1 pelajar, 1 dinar. Bermula daripada 1 dinar, kemudiannya makin bertambah dan bertambah.

Jadi saya rasa cukuplah untuk pengenalan blog ini, saya akan menyediakan info-info yang berkaitan dengan pelaburan emas, bagaimana teknik-teknik melabur yang betul, dan banyak lagi daripada semasa ke semasa.

semoga anda terus melayari blog ini dari semasa ke semasa!


Yang benar,
Firdaus



0 comments:

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -