Main image

Wednesday, December 22, 2010

Membeli Emas

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

ok, apa yang saya nak informkan hari ini kepada rakan-rakan semua, adalah berkenaan cara-cara untuk membeli dinar atau jongkong emas daripada Public Gold. Dalam blog ni, saya lebih suka menggunakan Real-Life Case yang mana, apa yang telah saya lakukan atau pelajari, itulah yang akan saya tuliskan di sini.

Untuk pengetahuan anda semua, sebagai permulaan, saya telah membeli 2 keping Dinar Emas pada 11.12.2010, sesuailah dengan status saya sebagai pelajar. Harga sekeping 1 dinar emas pada ketika itu adalah RM666. Jadi, bagaimana saya membeli emas ini? tengok pada langkah-langkah dibawah.

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 652.00RM 613.00
5 dinarRM 3248.00RM 3069.00
10 dinarRM 6467.00RM 6144.00
  • Saya hubungi dealer PublicGold yang berdekatan dengan tempat saya, ataupun yang saya kenal seperti AbangDinar.
  • Saya lock harga ketika itu, iaitu RM666, dan membeli 2 keping 1Dinar Emas. Jadi harga keseluruhannya ialah RM1332.
  • Saya bank-in duit tersebut kepada dealer dan tunggu sehingga dinar tersebut diambil daripada pihak PublicGold. Tentang ini, dealer yang akan menguruskan semuanya, kita sebagai pelanggan hanya perlu tunggu barang tersebut sampai ke tangan kita.

Saya tak pernah beli lagi jongkong emas, tapi saya yakin, cara untuk membeli jongkong emas daripada PublicGold adalah sama seperti cara membeli dinar emas ni. Cek harga, lock harga, bayar, dan dapatkan barang.

So, sekarang ni, saya telah melakukan langkah pertama saya untuk masuk ke dalam dunia emas. Saya telah mempuyai 2 keping 1 dinar emas. Insyaallah untuk masa akan datang, saya akan tambah dari masa ke semasa!

Anda bila lagi??? Jangan tunggu sehingga harga turun, itu bukan tindakan yang bijak sebab untuk jangka masa panjang, harga emas akan sentiasa meningkat!

bertindak sekarang!



1 comments:

izzi blog said...

* Saya bank-in duit tersebut kepada dealer dan tunggu sehingga dinar tersebut diambil daripada pihak PublicGold. Tentang ini, dealer yang akan menguruskan semuanya, kita sebagai pelanggan hanya perlu tunggu barang tersebut sampai ke tangan kita.
salam..sy faizz sy nak tanya...ape maksud awk dengan ayat `kita sebagai pelanggan hanya perlu tunggu barang tersebut sampaike tangan kita' barang tu ape? maksud awk `jongkong emas' ke?

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -