Main image

Friday, April 29, 2011

Berapa Harga Emas Sekarang?

Assalamualaikum,

Soalan pertama saya untuk anda setelah sekian lama saya tak buat posting kat sini,

Berapa harga emas sekarang???

Ishh..takkan la saya sendiri tak tahu berapa harga emas betul tak? disebabkan saya ni jenis yang suka simpan dinar emas, jadi saya beritahu anda harga dinar terkini la ye.

Harga 1 dinar PublicDinar adalah RM699!!! jangan terkejut bila anda tahu ni sebab seperti yang kita semua maklum, nilai emas ni sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. 

Hah! itu baru emas 916 (dinar 916 seberat 4.25g) belum lagi yang emas 999. Jom kita recall balik permulaan saya beli emas ni. saya mula-mula dapat dinar pertama saya pada bulan 12 2010. pada masa tersebut, harga sekitar RM666, kemudian ketika Tahun Baru Cina hari tu, harga jatuh kepada RM630++ kalau tak silap saya, then sekarang harga dah naik jadi RM700! 

WOW! 

Ada tak sesiapa yang buat simpanan ASB sekarang? Ok let's make a simple calculation berdasarkan dividen yang dibayar pada tahun lepas, saya ambil nilai RM666 semasa pembelian pertama dinar saya tu. 8.75%. RM666 saya keluarkan dan saya simpan dalam ASB selama setahun.

Jumlah Simpanan = RM666
Dividen ASB = 8.75%

Nilai dividen = 8.75% X RM666 = RM58.28

Nilai sekarang - Nilai semasa pembelian = RM699 - RM666 = RM33

nampaknya kenaikan harga emas telah mencapai 56% daripada bayaran dividen ASB dan saya yakin nilai tersebut akan melepasi nilai bayaran dividen ASB. Oh!

Tapi saya nak beritahu sedikit la ye, masa kejatuhan harga sebelum ni, saya telah menambah lagi jumlah dinar simpanan saya, saya sempat beli pada harga RM647, so anda sendiri boleh kira berapa keuntungan saya kan? 

Itulah untungnya apabila kita menyimpan emas, ada sesetengah kawan saya seperti mengetawakan saya apabila berbicara tentang emas ini, tapi dalam hati saya, kewangan saya ni lebih baik selepas mengenal emas ni sebab kita tahu bagaimana untuk merancang kewangan kita.

So, ketika kawan-kawan saya kesempitan wang pada hujung bulan, (loan mara tak masuk lagi! hehe), saya boleh lagi tersenyum. 

To be honest, pelaburan emas banyak ajar saya tentang duit. Menghargai duit. Kita sebagai manusia ni, banyak perkara yang inginkan, nak makan mewah, nak barangan branded, nak benda tu, nak benda ni. Saya pun sama. Tapi bila mula menceburkan diri dalam pelaburan emas ni, duit saya banyak habis ke arah simpanan. Bila terasa nak beli sesuatu, teringat yang emas tu lagi berharga, so saya cancelkan niat. Kecuali sesuatu yang saya rasa memang penting untuk saya, then barulah saya akan keluarkan sedikit duit untuk barang tersebut.

Itu sahaja buat masa sekarang. Cuba-cubalah fikirkan dan selamat beramal. ^_^



0 comments:

Post a Comment

RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -