Assalamualaikum...
Tadi saya baru je lepas berblogwalking kat blog-blog emas yang ada macam JutawanEmas, Pokli, JutawanGold. Saya dok tengok-tengok blog emas yang ada sekarang, rata-rata blog lebih menekankan kepada golongan yang telah bekerja ataupun berduit. Kebanyakan teknik yang diajar juga sesuai untuk golongan dewasa.
Bagi saya yang still lagi belajar ni, memang susah sikit la kan nak apply apa yang diajar tu. Tapi tak mustahil pun sebenarnya untuk saya buat semua tu untuk tambahkan income dan juga koleksi emas saya. Cuma mungkin mengambil masa yang lama sikit la kot.
But, untuk blog ini, saya lebih suka mensasarkan golongan yang still belajar untuk membuat pelaburan emas ini. 2 hari lepas, ada seorang kawan datang ke rumah saya, ni antara perbualan kami.
Dia : Macam mana dengan bisnes emas ko?
Saya : Bila masa aku buat bisnes emas?
Dia : Abes yang ko dok promote kat orang sampai buat blog tu apa dia?
Saya : Aku cuma tolong kawan aku yang jadi agen je...
Dia : Dah tu blog yang ko buat tu untuk dia la?
Saya : Tak de la, blog tu memang aku yang buat, sebab aku suka menulis, so just share untuk bagi kesedaran jer la.
Apa yang saya nak tekankan kat sini, saya buat blog tentang pelaburan emas ni bukan untuk promote. Ianya sebagai 1 perkongsian dengan pembaca sekalian supaya kita semua sedar dengan ekonomi dunia yang tak lama lagi akan lumpuh ni. Saya tak dapat apa-apa imbuhan pun jika anda membeli emas sebagai pelaburan, tapi saya mesti gembira jika anda mula membuat pelaburan selepas anda membaca blog ini, Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya tidaklah sia-sia.
Jadi, seperti yang saya cakap tadi, target saya adalah pelajar. Saya tak kisah pun, pelajar U ke, pelajar sekolah menengah ke. Asalkan anda mempunyai minat yang sama seperti saya dan juga mula merancang masa depan, then InsyaAllah blog ini dapat membantu anda. Golongan bekerja juga boleh baca semua pos saya, tiada halangan mahupun paksaan. Jika ada teknik -teknik yang boleh anda gunakan selepas baca blog saya, maka dengan segala hormatnya dipersilakan.
Bagi para pelajar, saya akan cuba sesuaikan teknik-teknik pelaburan yang saya rasa dapat dilakukan oleh anda semua.
Setakat tu je dulu untuk hari ni ye.
P/s : kan saya dah cakap, harga emas akan naik balik lepas raya cina hari tu! kan betul... tak caya, cek harga kat sini. PublicDinar
1 comments:
bagus... i like ur statement... keep it up..
Post a Comment