Main image

Thursday, January 27, 2011

Berita Emas - Perak Perkenal Dinar & Dirham

Assalamualaikum,

Saya cakap straight to the point la ye, saya sebenarnya sekarang ni agak malas sikit nak update blog ni! hehe. Bukan apa, sebab ada banyak perkara lain yang saya nak uruskan, so blog ni jadi terabai sikit. tapi tak pe, Insyaallah saya akan terus menulis di blog ni untuk menyedarkan para pembaca sekalian tentang kepentingan emas ni. 

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab hasil daripada promosi-promosi yang telah saya jalankan, telah ramai yang sedar tentang kepentingan emas ni. Malah rakan-rakan saya sendiri telah mula bertanya, "Daus, macam mana sebenarnya pelaburan mas ni?". Jadi saya cuba explain kepada mereka macam mana emas ni boleh menggantikan simpanan dalam bentuk wang anda yang mana keuntungannya berlipat kali ganda lebih banyak. Bagi rakan-rakan saya kat luar tu, duit bukanlah penghalang untuk anda melabur, cuba simpan sikit-sikit, mulakan dengan 1 dinar dulu. Kalau sebulan anda boleh menyimpan RM100, setahun anda dah boleh dapat 2 dinar dah!

Saturday, January 15, 2011

Kelebihan emas - Aset Terbaik!


Assalamualaikum, dah lama juga saya tak update blog ni ya!

Saya sibuk sikit nak kena uruskan kemasukan semester baru saya. Alhamdulillah, result sem lepas pun dah keluar. Cukup-cukup makan jer. Minggu ni pulak penuh dengan kelas, tak sempat nak jenguk kat blog ni. Saya tengok harga kat PublicDinar sekejap tadi, RM637 untuk 1 dinar. Masih lagi rendah dan anda yang baru saja nak memulakan pelaburan emas tu, bolehlah bermula sekarang. Harga tu saya kira rendah sebab lepas raya cina ni, ramai pelabur meramalkan harga akan terus melonjak. Bahaya tu!

Sunday, January 9, 2011

Sumber Ilmu Emas - Ramalan & Berita Daripada Kitco

Assalamualaikum & selamat sejahtera untuk pembaca,

Seperti biasa, saya harap anda semua sihat pada hari ini. Tadi saya jalan-jalan menjelajah ke dunia siber untuk mencari berita terkini mengenai emas. Jadi saya masuklah ke satu website yang boleh saya katakan popular bagi para pelabur emas, Kitco.com. Bagi anda yang baru sahaja mula menceburkan diri dalam dunia emas ni, Kitco adalah satu website yang anda patut tahu!

Wednesday, January 5, 2011

Kelebihan Emas - Kuasa Beli Emas

Assalamualaikum & Selamat pagi untuk semua,

Pagi ini saya bangun daripada tidur, selepas selesai semua kerja-kerja saya, saya buka internet dan cek harga dinar Public Gold. Owh! harga masih lagi di paras bahaya! Bahaya maksud saya di sini adalah disebabkan terlalu ramai yang nak lock harga. Sebabnya, semalam harga emas jatuh secara mendadak daripada petang semalam lagi. Cuba bayangkan daripada RM660 turun sehingga RM644 bagi harga 1 dinar! Mesti ramai yang nak lock harga pada RM644 tu. 



Monday, January 3, 2011

Lelong Syiling Emas & Perak untuk koleksi!!!

 Assalamualaikum & selamat sejahtera hendakNya,

Berkaitan dengan tajuk posting kali ini, saya ingin melelong salah satu koleksi berharga saya bagi pencinta  syiling-syiling istimewa! Saya menawarkan harga yang murah sedikit berbanding harga yang saya beli emas ni pada tahun 2006.

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 - Mulakan Pelaburan Emas!

Assalamualaikum & selamat petang untuk semua,

Saya harap still tak terlambat lah untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk pembaca sekalian. hari ni masuklah hari pertama untuk tahun 2011 ni. Sebelum tu, saya nak tanya, anda semua macam mana? Sihat tak hari ni? Harap-harap sihat lah ye, takkan lah hari baik ni pun anda semua nak sakit-sakit kan? Tapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan tu, saya doakan kepada anda supaya tahun 2011 ni akan menjadi tahun bertuah bagi anda untuk sembuh daripada penyakit tu, Insyaallah..


RSS Feed

Renungan Buat Semua

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Renungan Buat Semua

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -